Sunday, 30 November 2008

.:tag menge"tag":.

hari ni nak jawab tag nak kena smalam...
huhu...

1.what is your enthnicity?
-melayu seprti di dalam kad pengenalan

2.what are your interests outside of fashion?
-music, muvee, cars, football

3.favorite musicians/bands:
-byk giler nie kalu nak list... antaranya paramore, dashboard confessional, laila's lounge, estrella...

4.favorite movies:
-a walk to remember, saving private ryan, trilogi of lord of the ring

5.what do you plan to study? what do you plan to do for a career?
-get into the higher level of study n become tokoh korporat yang terkenal kot

6.how often do you shop?
-tiap2 kali nak raya je kot...hehe

7.do you have a job/work?
-not yet

8.how do you afford your clothes?
-mesti la beli time murah2...saving beb

9.how do people react to how you dress?
-lantak ape org nak kata...haha

10.what are your summer plans?
- kat mesia ade summer ke??

-----------------------------------------------------------------

1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
- khalida, jasz, alapisz

2. YOUR MAIN RINGTONE?
- picagari - the times

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
- blaja photoshop rasanya

4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
- mak ngan adik.. pg kedai kain..hehe

5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU'RE WEARING NOW?
- orange..barcelona jersey

6. THE LAST THING U DID?
- mkn ngan abg n adik

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
- handphone, laptop, n bantal...haha

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
- putih berseri kot

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
- ade la sket... xbyk dah yg tggal

10. HOW'S LIFE?

- mcm biase je

11. YOUR FAVORITE CITY?
- kuantan lor...home sweet home

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
- lepak2 je

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
- last week

14. WHERE IS SHE NOW?
- mecca al mukarramah

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
- malam semalam abah call

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
-adik kat skolah

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
- kedai mkn Perantau name nya

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
- ntah macam xde je

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
- adelah.. mekasih tarmizi..hehe

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
- single n available lor

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
- macam biase je

23. WANNA SHARE WITH WHO?
- sape yang sudi..hehe

24. WHO KNOWS UR SECRET?
- diri sendiri

25. DO THEY KEEP UR SECRET?
- mesti la dah kata diri sendiri..hehe

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
- xbaek marah2 nie

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
- mcshaker...

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
- ntah la xigt plak

30. NAME THREE PERSON THAT YOU LIKE TO TAG HERE
- sape sudi buat la...hehe..


Saturday, 29 November 2008

.:paddle pop:.

ari panas la.. tb2 datang rasa nak mkn aiskrim.. huhu... best nya. kalu dpt ais krim paddle pop nie best jugak nie. waaa... dah terbayang2 dah aku ni. tp nak kuar pg beli yu yang malas tu. panas la.. semata - mata nak beli ais krim cm xberbaloi je. huhu.. tb2 aku terpikir, nape xde ekk apek yang nek moto honda ex5 kaler merah smbil membawa bersama peti ais krim ni sebelah nya lalu di kawasan umah aku?? aku kalua ade kan best. pasti ramai2 kanak2 akan tertarik ngan bunyi melodi lagu yang di mainkan oleh apek berkenaan. paddle pop wow paddle pop yeah supa dupa yummy. seakan2 mcm tu la lirik lagu die. hehe... aku terbayang sedang memakan ais krim rainbow wave, toffee and caramel flavour berharga 1.50 tu. huhu.. cair di tgn juga di mulut. pasti memikat siapa jua. tidak kurang juga ngan twister saber. strawberry, cola and lemon flavour. wow... sume ni sudah cukup membuat aku terliur. blom masuk lagi pirate, marshmellow snow n byk lagi la. mmg best kalu dpt mkn time2 panas mcm nie... best nya...
aku tidak dapat tahan lagi kesangapan aku untuk memakan paddle pop.. aku mau ke kedai.. wahai paddle pop siap la anda. aku mencari diri anda... munculkan lah diri anda....hehe... sape nak satu cepat kirim....hehehe

Friday, 28 November 2008

.:superheroes:.

Jika mereka bukan superheroes...
Setelah beberapa siri kajian yang dibuat... ini lah hasil nya.

SUPERMAN

Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS.

SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah haiwan lain supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya pengalaman dia hidup kat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman(punish).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan di bumi melainkan di Planet Zargus memang laku giler.

WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.

MR.BEAN
Dia akan menjadi penjual kacang kuda rebus paling femes kat pasar malam...hehe..

Thursday, 27 November 2008

.:vanuatu:.

sape2 penah dgr pasal vanuatu tak? vanuatu ni sbnarnya negara kepulauan . negara dia kecik je. malaysia lagi besar. negara ni terletak dekat ngan australia ngan new zealand. kenapa aku citer pasal vanuatu? sbb nya tmpt nie adalah tmpat yang sgt3 aku nak pergi. nak tau kenapa? sbb negara ni cantik sgt. kalau korang igt tv series "survivor" penah buat kat sini. byk kali kalu xsilap aku. kalau korang tgk citer tu korang tau la betapa cntik nya tempat tu. bak kata org syurga dunia.
kat tmpat nie jgak mcm menda boleh buat. diving, man cascades and mcm lagi la. n tempat nie sesuai sgt bg mereka2 yg bercadang nak pg honeymoon. kalu cita byk pun xgune kan. tgk la jela gmbr2 ni.

Wednesday, 26 November 2008

.:smile:.

kali ni nak share gmbar yang boleh menceriakan anda...

+innosence je kucing tu+

+comel sgt la tu kononnya+

+yang ni mmg kejam+

+haha+

+ape punya polarbear la+

Tuesday, 25 November 2008

.:kepulangan yang di nanti:.

sudah puas aku mencari. tp xjumpe jgk. dah puas aku merenung. tak juga ku jumpe. dimana kah mereka menyorok. dimanakah mereka pergi. adakah di celahan pokok. di sebalik longgokan daun. di celahan jari- jemariku. ke mana mereka pergi. aku buntu. sebuntunya. tolong la aku. tolong la aku mencari mereka. supaya mereka x terus sesat. kembali kepada aku agar aku tidak trus buntu.
kemana mereka pergi disaat aku amat memerlukan mereka. mgkinkah aku yg bersalah kerana terlalu memakse mereka. aku mintak maaf kepada mereka. aku berjanji aku akan buat ape saja untuk kamu. yang penting kamu kembali kepada ku wahai idea - idea ku...

(time dah puas pk nak tulis ape. idea xdtg la. oleh itu ini ditujukan kepada idea2 sy agar kembali dtg mencurah2)

Monday, 24 November 2008

.:wajah:.

Rules:
1) put your iTunes, windows media player, etc on Shuffle.
2) for each question, press the next button to get your answer.
3) YOU MUST WRITE THE SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4) put any comments in brackets after the song name

are you male of female?
- toxic

describe yourself!
- dreamworld

what do people feel when their around you?
- sorry, blame it on me... ape da aku plak yg kena...haha

describe your current relationship.
- the worm... ape kaitan nya...

where would you like to be now?
- cant fight the moon light

how do you feel about love?
- i'm yours... huhu....

what's your life like?
- kiss kis... nak kiss sape...

what would you ask if you only had one wish?
- it's like that....

if someone says, "is this okay?" you would say?
- riot!!!! hehe

how would you describe yourself?
- hanya satu persinggahan... syahdu la plak...

what do you like in a guy/girl?
- terasing.... huhu

how do you feel today?
- puteri di pintu mahligai.... ape punya feel la ni

what 's your motto?
- pahit akan manis akhir nya... btol3...+)

what do your friends think of you?
- kasih tercipta....hahaha...

what do you think of your parents?
- menghitung hari... for what??

what do you think about very often?
- sebak... hahaha

what is 2 + 2?
- ku mau kau tau...

what do you think of your bestfriend?
- lagu untukmu

what do you think of the person you like?
- really love u...

what is your life story?
- retro asmara

what do you want to be when you grow up?
- joy's mind... yeah...

what do you think of when you see the person you like?
- missing star..

what will you dance in your wedding?
- bebas

what will they play at your funeral?
- keindahan....

what is your biggest fear?
- girl friday..

what is your hobby/interest?
- mawar khayalan... btw i love this song...

what do you think of your friends?
- pesona algebra... xde kaitan algebra ngan kawan...haha

what will you post this as?
- wajah..

.:lambaian kaabah:.

slamat pagi sume..ari ni lain sket. aku bgn awal..hahaha..tp bgn awal pun sbb ade hal..sbb nya ari ni aku ngan adk bradik aku pg anta parents aku. dorang nak pg mekah buat haji. huhu..sedih nya rasa. pg nie ni plak ujan trun renyai2 seolah2 mengiringi jemaah2 haji. huhu.. sejuk nya xpayah ckp la. smpai ke tulang rasa nya sejuk nya. aku pulak bingai lupa pkai sweater...so tahan jela.huhu.

pg2 lepas subuh td ayah teh aku dtg kat umah. kira nak gerak skali la ngan kiteorg pg anta mak ngan abah. lepas sume dah siap ayah teh pun bace doa ngan azan. destinasi yang dituju masjid negeri dimana tempat sume jemaah berkumpul sebelum menaiki bas bertolak ke kuala terengganu. flight ke mekah dijadualkan akan bergerak pada pukul 7.30 mlm nnt. tp aku pun xpham nape pihak pengurusan nak pg awl2.. maybe dorang takut ade problem kot entah aku pun xtau..huhu.

sampai je aku kat masjid negeri aku tgk dah ramai dah jemaah yg sampai. penuh la ngan sanak saudara masing2. walaupun ngah ujan.huhu.. lepas dah lepak2 kejap kat masjid br la pihak agensi tu pggl sume jemaah kumpul kira nak wat checklist name yg terakhir. kira senang kata nak check la sama ada sume dah sampai belum. pastu part paling aku lemah dtg.. huhu.. aku tgk rmai je yg dah start nanges sambil berpelukan. aku cium tgn mak aku peluk die. aku cium tgn ayah aku peluk die. ayah aku pesan jaga umah baek2. aku sebak giler time tu tp aku tahan je xnak nanges. masa aku ngah tulis ni pun still rasa tu ade. huhu. apa2 pun aku doakan dorang selamat pergi dan selamat sampai. amin.

Sunday, 23 November 2008

.:rebahnya si penembak:.

aku tension!! aku br je pas tgk bola nie. xsangka team aku sokong kalah lagi. ahh.. aku xleh trima. kekalahan tu mmg menyakitkan. guys, what happen to u? wake up guys... aku tension. tp aku hanya sebagai peminat aku xboleh nak buat ape selain dr support mereka. kekalahan mereka umpama kekalahan aku juga. mmg susah aku nak trima dan aku amat bencikan kekalahan. aku ulang sekali lagi kekalahan tu mmg menyakitkan. bangun la wahai "si penembak". berjuang la selagi kamu mampu. pertahunkan kan kubu mu. seranglah sehingga ke butir peluru terakhir. jgn sesekali menyerah. kuatkan semangat kamu semua. kami sentiasa dibelakang kamu memberi sokongan. bangkitlah wahai "si penembak".

(i wish they can hear me)

Saturday, 22 November 2008

.:sabtu oh sabtu:.

arinie aku bgn lewat mcm biasa. huhu. bgn2 je aku trus cari laptop aku nak online. hehe. tu first thing yang akan aku buat lepas bgn dr tdo. jgn igt aku xsemayang subuh plak.. nie kira tdo lpas subuh tau..huhu. lepas dah siap setting laptop nie br la pg toilet cuci muka n gosok gigi. blom nak mandi lagi.huhu..teruk giler..anak sapa la ni kan.. haha :P lpas aku kuar bilik aku tgk ayah aku terbaring dpn tv. kesian die. masuk arinie dah 2 ari die pening kepala. tak larat nak bgn die ckp. erm, moga2 die cpt sembuh.

aku sgt2 lega bila aku tgk kat luar subuh td dah xujan. makna nya ramalan cuaca yang ckp ujan sampai ke ptg sabtu tu xmenjadi kenyataan. elok juga xde la nnt nak jadi banjir ke apa. apa2 pun sume tu ujian dr Allah kan. arini sabtu cuaca die mmg best, panas dan lembap harap2 sepanjang ari la mcm nie. br la baju2 yang dah 2 3 ari kat ampaian tu boleh kering.

-gambar sekadar hiasan-
perut aku dah stat menyanyi lagu gurindam. bau rebung masak lemak mula menerjah masuk ke hidung aku. best nya mak aku masak. mekasih mak. aku nak pg mkn dulu. lapaa.....

Friday, 21 November 2008

.:tujuh ayat-ayat cinta:.

sabda Rasulullah S.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

(sy cuma tlg copy je sbb org dah suruh)

.:banjir & tangga:.

semalam sebelum tido ujan turun dengan lebat nya. mcm nak banjir je. dah sebelum tu aku dgr kat radio yg dorang ckp ujan ni akn ber terusan sampai sabtu. giler lama. walaupun xde sejarah lagi yang umah aku penah banjir tp bila berlaku nya banjir aku pun susah jugak. aku terkepung. xboleh kuar. sume jalan kuar dr umah aku ke bandar sure tenggelam. penah ade satu tahun tu jambatan utama penah runtuh.. giler.. bayangkan mcm mana keadaan org ramai time tuh. panik habes. tp taun2 selepas tu banjir dah xbape nak teruk. biasa la org kita dah terhantuk br nak terngadah. kalu x erm xtau la. ape pun terima kasih kat dorang juga.

aku tertarik ngan satu artikal kat surat khabar semalam. KOSMO!. ada satu artikel nie dia citer pasal satu group, TANGGA nama nya. TANGGA nie merupakan art group dan bukan nya band tau. apa yang menarik pasal dorang adalah barang2 yang dorang buat n jual. sume barang yang dorang buat hand made tu. contoh barang kasut, handbag, and baju. menurut kata dorang, dorang ni antiprint tau. so mkna nya apa2 yang dorang buat suma pakai tangan. xbest ke mcm tu. yang plg penting murah2 je barang dorang tu. sbb kata dorang art is for everyone. aku mmg berkenan giler ngan barang2 dorang nie. cantik ngan murah. untuk bacaan lebih lnjut korang melawat je blog dorang. aku dah letak link dorang kat sini.

Thursday, 20 November 2008

.:warna kehidupan:.

masuk ari ni dah seminggu aku lepak kat umah nie. makna nya baki cuti aku ada la dlm sebulan lagi. lama lagi tu. hidup aku sepanjang cuti nie sama je tiap2 ari. bgn tido, blogging, mkn, tgk tv n tdo balik mcm tu la tiap2 ari. sepanjang seminggu ni aku hanya nmpak hitam dan putih...boring yang amat. aku perlukan merah, hijau, kuning, biru, kelabu dan sebagai nya. baru la terasa hidup nie lebih bermakna. erm, lagi satu lagi byk kerja kita buat lagi byk pengalaman kita dapat. tp persoalannya, mcm mane aku nak dapatkan merah, hijau, kuning td tu disebalik hitam dan putih yang sudah pekat dan sebati.

sebelum cuti dulu aku terfikir apa yang boleh aku buat sepanjang cuti ni. aku rasa elok juga aku kerja dpt juga menanbah pendapat yang sedia kurang nie. huhu.. bila di ikutkan kata2 mereka yang berpengalaman selalu nya mmg xde org nak ambil kita kerja utk sebulan.. rugi kata mereka..erm, betol jugak kan. kebiasaan nya la kan aku kalu cuti kerja ngan ayah aku.. tp cuti kali nie lain sket and menurut kata ayah aku dia nak rehat kejap dr membuat kerja2 berat. adush.. melepas la can aku nak dpt duit. bak kata org, money is almost everything.

erm, apa2 pun nnt aku akan berusaha mengatasinya sendiri. walaupun sekarang mmg aku dah buntu dan aku dah boleh jangka hidup aku untuk sebulan yang akan dtg. harap2 bulan akan terus mengambang matahari akan terus bersinar.

Wednesday, 19 November 2008

..aku & engkau..

aku orkid..
engkau mawar..

aku emas...
engkau permata..

aku kaya..
engkau hartawan..

aku pandai..
engkau genius..

aku pasir..
engkau mutiara..

aku bukit..
engkau gunung..

aku cantik..
engkau rupawan..

aku kuat..
engkau gagah..

*kenapa kau mesti lebih dr aku.. kenapa ko lebih baik dr aku.. kenapa kau mesti menandingi aku.. perlukah aku menjadi seperti kau.. bagi aku..

aku adalah aku..
engkau adalah engkau..
aku xperlu menjadi engkau..
walaupun engkau lebih baik..
tp aku yakin aku tetap lebih baik dr engkau...
kerna aku adalah aku...

.:insan bernama kekasih:.

1) pendengar setia dan mendengar kata. - lelaki mcm aku nie sgt suka apabila dpt teman yg boleh jadik pendengar setia dan menggikut kata. bukan king control yerk tp patuh dan taat kepada suami selagi dan bertentang ngan ajaran islam.

2) suka bermanja dan dimanja - suka dimanja dengan belaian dan dengar kata2 romantis. "cayang buchukk", "sayang, i love u" dan sebagai nya mmg boleh cair kan aku... kalu xcaya cube try kat bf korang..hehe..

3) jangan bersolek tebal - yang ni pantang sket. kecantikan di tak dinilai pada paras rupa kan. make up ala kadar cukup ape org ckp bia naek seri sket.

4) sentiasa menghormati pasangannya - teman aku tu boleh trima aku ngan seadanya mcm tu jgk la ngan keluarga aku n kwn2 aku.

5) jangan terlalu kebudak-budakan - atau dalam bahasa lain nya gedik.

6) bukan materialistik - cinta xleh dibeli atau dijual. kemewahan bukan segalanya yang menjamin kebahagian hidup.

7) pandai berdikari - maknanya kat sini pandai menguruskan rumah tangga bila aku pergi dulu drpd dia. pham kan maksud aku. lagi satu pandai menjaga keselamatan diri dia keluarga dan anak2.

Tuesday, 18 November 2008

usah mem'bangau' lagi

kita suma mesti tau kan lagu "Bangau oh Bangau" tu kan. ala, lagu tu yang slalu kita nyanyi time kat tadika. kalau diperhatikan dan dihayati, lagu tu sebenar nya mempunyai byk masuk utk kita jadikan sebagai pengajaran. bg aku lagu nie byk mengajar aku erti berdikari. contoh nya lirik die nie: "bangau oh bangau mengapa engkau kurus.. mcm mane aku xkurus ikan xmau timbul". kat sini aku rasa bangau hanya bergantung kepada ikan untuk timbul utk die jadikan sebagai makanan. bangau tu xde pun nak usaha sendiri. kalu nak berjaya kita mesti berusaha dan jgn byk bergantung pada org lain. hasil yang kita dpat nnt lagi puas kita rasa. lagi satu lagu nie bg aku la die byk ajar aku supaya jgn salah kan org lain atas ape yang berlaku kat kita. same la aku amek contoh bangau td. bangau tu asyik salah kan ikan sbb xmau timbul n sbb tu la die jdik kurus. bangau sptt nya berusaha carik ikan kat tempat lain kan. jadilah mcm ular yg mengaku atas apa yg die lakukan. mcm tu br btol. n stop blaming others for our weakness.
=peace=

Dr.Fadhilah Kamsah menulis……..

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Monday, 17 November 2008

aku semut merah kau semut hitam




arini hujan turun lagi..
semut hitam kepenatan lelah mencari semula kawanan nya..
lantai bumi mulai basah..
amat lah tidak baik berseorangan..
elok juga mencari kumpulan lain taktala hujan masih kecil...

semut mhitam ke sarang semut merah..
semut merah banyak nya tidak terbilang..
terlihat kelibat sang ratu dan askar2 nya..
untung semut merah..
sarang itu kukuh, dan selesa..

beza sungguh semut merah...
bau nya amat aneh..
seakan akan pertama kali menghidu nya..
tp semut merah seiras semut hitam..
semut hitam sendirian dalam sarang yang asing itu..

semut hitam bertemu semut merah di tengah sarangan..
gas tembakan perkenalan dilepaskan..
semut merah diam membisu..
gas tembakan persahabatan dilepaskan..
semut merah terus membisu dan beranjak pergi..

semut hitam terus berjalan..
terlanggar semut merah yang asyik menjamah butiran nasi nya..
gas tembakan perkenalan dilepaskan..
semut merah diam sepi tidak berkata...
gas tembakan persahabatan dilepaskan..
semut merah berlalu pergi membawa butiran nasi bersama..

semut hitam terus mencari..
mencari sinar harapan yang sekelumit...
tenampak ia sang merah...
menjaga rapi telur sang ratu...
gas perkenalan dilepaskan...
semut merah keras terpaku di sisi telur...
gas ditembak bertalu talu...
semut merah terus berdiri terpaku tanpa berkata apa...
semut hitam pergi membawa diri...

sang hitam keluar dr sarangan yang mewah itu...
sedih dan pilu ditampar dan dihambat oleh kelurga sendiri..
keluarga yang hanya berbeza bau dan warna...
begitu penting nya sumua itu...
jika tidak masakan semut merah berseorangan...

PEACE :: The Biography

On April 4, 2008, the peace sign turned 50. The peace symbol is so familiar today that it seems difficult to believe that it hasn’t always existed. But in fact it was just half a century ago that a British designer named Gerald Holtom sat down at his drawing board and invented it – and this the story of how a design of extraordinary simplicity came to be one of the most iconic images in history.

It was conceived as a visual plea to end the atomic arms race that started with the devastating attack on Hiroshima during World War II – and sadly, it’s still needed to deliver its antinuclear message to a new generation. But since it first appeared in 1958, the peace symbol has taken on a multitude of new meanings as well, and this colorful volume explores them all.

The book takes readers on a journey through five decades as author Kolsbun presents 50 years of history in pictures and words to tell the fascinating story of mankind’s elusive pursuit of peace and the symbol that represents that quest. The book contains iconic images from Kolsbun's own collection as well as a variety of historical archives, illustrating both the symbol itself and the larger history it helped shape. Many of the photographs have seldom been seen before.

Kolsbun recounts the controversy inspired by the peace symbol, including several legal trials that challenged its very existence, and he debunks a number of incorrect theories about the sign such as its being a symbol of the devil.

Although it is a sign that baby boomers identify with, it has cross-generational appeal. "Children of today easily identify it. They may not know its original meaning, but they know it stands for good things – be nice to friends, be kind to animals, no fighting. This is a marvelous achievement for Gerald Holtom’s simple design. Peoples around the world have marched with it, worn it, displayed it during combat, held it high on banners, and been arrested in its name. Ask any man, woman or child, 'What one thing would you want more than anything else in the world?' The answer would surely be world peace," Kolsbun concludes in his epilogue.

-Ken Kolsbon-


-bingkisan di hari minggu-

dua tiga hari gak la aku menyepi akhirnya aku kembali. =) aku bkn sengaje nak menyepi tp teknologi ni pun ada jgk kelemahan die. kata nya nak upgrade service tp aku xtau la apa yg dorang nak upgrade smpai 2 3 ari tu. ape2 pun aku dah kembali =). lagi pun hujung mggu ni mmg agak bz la aku nie. family aku buat mkan2 kat umah. ramai jgk la org dtg. penat tu mmg penat sbb ape, sbb nak menghidang ngan mengemas tu yg penat. tetemu dtg pun kejap je. mkn pastu balik. naseb ada jgk la sepupu sedara yg tolong. kalu mmg mati la. lepas siap sume aku trus masuk bilik aku bkk laptop pasang lagu lalu trus terlena aku. aku bgn pun pasal atuk aku kejut mintak anta kan die balik kat umah die. kalu x mmg aku xtau pkul brape agak nya aku bgn. bila aku bgn everything dah siap kemas. tggl kat dapur je yang mak aku ngan akak aku kemas kan. aku pun pg je anta atuk aku blik umah die. ade la dlm 20 minit jauh nya.

malam nya xde ape sgt aku buat. dok lepak2 je dpn tv. hajat nak meng'online'kan diri x kesampaian lagik. bila agak nya nak elok nie....ati kecil aku berbisik. xpe la lyn tv pun ok gak.
tgh syok2 tgk tv tu tiba2 aku dpt satu call. bila aku jawab aku dgr suara pompuan ckp. awek mane plak yang tpon aku agak nya. pastu blom sempat aku tanya die dah knal kan diri die sbgai...alamak aku lupa la nama minah tu pastu dari mane pun aku xigt yang aku tau cume dari selangor je. die ckp nak mintak aku jawab a few questions sbb die ngah wat research pasal belia kat malaysia agaknya. mcm2 soklan die tanya dari paper ape aku bace sampai la isu2 semasa.
die ade gak la tanya pasal politik2 nie. erm, aku jawab jela walaupun aku x brape amek tau sgt hal2 politik kat malaysia nie. byk tipu dr btol. ade la dkat 10 minit mcm tu br siap sume nya. tp satu je, rugi la aku x mintak number fon minah tu. tup2 boring2 boleh la msge2 ke call ke tmbah kwan baru kan...hehehe...

pas citer kat tv sume dah ntah ape2 aku carik laptop aku balik. mcm bese la try la nak online. erm...tau2 la mcm mane kan. aku pun try la men game kat laptop aku nie..tp sbb dah terer sgt sgt menang aje la keje nya. pastu aku decide la nak tgk citer. dlm2 byk2 citer tu aku pilh nak tgk citer 'Knocked Up'. xde la best mane pun citer nie tp boleh la nak hilang kan bosan kan. ade la kat 2jam gak cite nie. erm..pas hbes citer tu aku tido je sbb dah xde ape nak buat.

=peace=

Friday, 14 November 2008

KAWAN


kawan..

mak kate,
KAWAN ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....

abah kate,
KAWAN umpama bunga ros, cantik dipandang sakit dipegang...

atuk kate,
KAWAN tu seperti air terus mengalir...

nenek kate,
KAWAN itu bak bulan dipuja disanjung tp nun jauh disana...

mak sedara kate,
KAWAN tu mcm makanan, KAWAN makan KAWAN...

abang kate,
KAWAN tu seperti lembu, ikut je apa yang di kata..

kakak kate,
KAWAN tu nmpak je mcm durian, bau busuk tp mkn best...

adik kate,
KAWAN tu mcm biskut, kejap ade kejap xde...

aku kate,
KAWAN tu xkesah la mcm mane, sekali kawan selamanya kawan..

+BILA+

tiba tiba je aku teringat aku belum bgtau lagik satu benda. aku belum bgtau lgk nie nape aku name kan blog nie "+BILA+". apsal name blog ni bile? asal xbg gile je? itulah antara soklan yg aku terpaksa jwb time mule2 aku bg nama kat die ni (blog). aku nak tanya sket, bila korang marah korang buat ape? bila korang sedih korang buat ape? bila korang sunyi korang buat ape? mesti korang akan carik sesuatu nak buat or maybe tempat lepaskan perasaan korang kan. erm, kira die ni (blog) salah satu tempat aku akan carik bila aku mengalami masalah di atas. atau ape orang ckp berkongsi pendapat masalah ngan masyarakat baru terbuka sket minda. baru pandangan kita jadi jauh. boleh kenal ngan macam2 org. boleh tambah pengalaman ngan ilmu skali. mcm aku ckp td tempat yang akan aku carik bila ade something or apa2 jela paham2 sendiri la k. mmg btol kita ada mak bapak ,adik bradik, kawan kawan, girlfriend or boyfriend....certain2 time boleh la kita carik dorang kan, tp dorang pun ada life sendiri ada masalah sendiri so nak xnak kena hadap sorang2. korang pun esti penah rasa kan tb2 satu2 masa tu kawan2 kita n suma yang rapat ngan kita mcm avoid kita kan. erm, sbb tu aku ckp td dorang xde nya nak 24jam ngan kita walau rapat mana pun kita. aku xcakap yang kawan aku teruk atau aku xpercaya kat dorang tp realiti nya mcm tu. betol tak apa aku ckp nie?
=peace=

Kata LELAKI: "Wanita tu lemah"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan


Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak


Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu


Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat


Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan


Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan


Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

so, mcm mane? renung2 kan yang baek dijadikan sempadan yang xelok tu kite buang jauh2..
=peace=

layannnnn...

kali nie lain sket. kita layan je lagu ni....

Thursday, 13 November 2008

betol ke ni?

arini aku igt nak bgn la awal sket tp di sebabkan cuaca yang begitu best skali utk tdo aku pon sambung jela tdo mcm besa smpai la agk2 dah nak tgh ari tu aku bgn. hehe.. tiap2 kali aku bgn mak aku msti ckp "awalll bgn". sinis tu. hehehe. besa anak mude msti la mcm tu kan. hahaha. member2 aku die boleh gelakkan aku bila dorang tau aku wat blog nie. adush... ptt nya die menyokong aktiviti aku nie. btol x? tp xpe aku dah besa kena mcm tu yang penting aku happy. mula2 aku pun rasa cam kelakar je bila pikir aku nak buat blog. hahaha. aku gelak utk aku sendiri. pastu bila pikir balik why not aku try je kan. bukan kena byar pon... free tuh... hehehe. ok la aku chow dulu nature call la..

Wednesday, 12 November 2008

assalamualaikum w.b.t

assalamualaikum wbt..

sekarang jam nak dekat pukul 11 mlm dah. aku plak dah boring tahap gaban nie. smabil2 tgk tv tu aku pikir2 ape patut aku buat. then dtg la idea nak tulis blog ni. aku pon xsure bgus ke idea aku ni. ahh.. layankan aje kurang2 hilang jgk boring ni. btol x? dah aku sorang2 je kat umah.
kalu ade yang laen riuh sket xde la trase sgt bosan nya. aku tgh2 pikir jgk ni, ape aku boleh buat cuti2 mcm nie yerk. sebulan gak la aku cuti. aku nak gak buat menda lain instead of duduk umah je. kalu ade duit lain la cite kan. boleh la pg mane2 yang kite suka. vanuatu ke oswego ke xpun pg canada tgk niagara falls. xke best tu. aku tau korang pun mesti tringin nak pg tempat2 yang mcm aku sebut td kan. aku tringin sgt sebenar nya nak pg tp tau2 jela kan. hidup pun kais pg mkn pg kais ptg mkn ptg. ok la aku rasa aku chow dulu la. nnt aku update lgk. bese la org br jinak2 nie idea pun kuarng lgk nak tulis ape...
hehehe