Monday, 29 December 2008

.:slamat tahun baru:.

selamat tahun baru hijrah 1430H. semoga tahun ini lebih baek dr tahun lepas. start pas maghrib smalam kita diberikan buku baru... buku baru yang mencatatkan amalan kita. huhu.... ape azam tahun baru? ape ek? alah slama ni pun aku mcm ade je kan azam..haha.... mule2 je berazam itu ini... buat nya tidak... bukan nya xnak buat tp rasa cm xmampu je nak buat... so bg aku kalu kita nk berubah bile2 pun boleh... xsemesti nya nak tggu tahun baru je... hhuhu... plg penting niat di hati.

pg2 tahun br ni aku bgn agak lewat. pkul 12 lebey cmtu br bgn. dah la sorang2 je lam bilik.. gile bosan... sume pg ntah kemana... yg balik umah xyah ckp la gler ramai... maklum la cuti 5 ari. bygkan kamis cuti kismas, jumaat kebanyakkan mmg xde class cmpur sabtu ahad lagi n arini isnin maal hijrah... giler lama. nape aku xbalik?? au bukan xnk balik tp aku rasa cm xde hasil je... balik pun bukan aku mkn free... huhu.. kalu aku mkn free len citer la.. ni nk balik tmbang lagi... mkn lagi.. adoi... bek aku dok cni.. mkn pun murah...hehehe...
+kasut2 onitsuka tiger+

untuk menghilangkan bosan.. smalam aku jln2 ngan kwan skolah aku a.k.a classmate aku kat skolah dlu p pavilion. walaupun ari minggu xde la ramai sgt org kat sane... suam2 kuku je.. sbnr nya jln2 nk survey brg. hehe.. ada satu kasut tu berjaya menawan hati aku. tp punya la mahal 300++ harga die. masak gak la nk kumpul duit kalu nk beli... brand onitsuka tiger. brand ni baru lagi kat malaysia tp kat japan kat meletop dah. ah mlas nk citer byk pasal kasut ni. nk tau google la sendri.. hehe... n tb2 aku nmpak jeans harga nya 1000++. fuhh.. aku pk sape la nk beli jeans ni. gler mahal. boleh dpat 3 4 helai kalu levi's ni. huhu. aku sengaja xbawak byk duit smalam. tkut terbeli barang.. haha.. nnt masak la aku. nak mkn ape kan.. so smalam aku spen lam 20 ringgit je masuk tambang n makan minum sume. jimat. haha..

malam plak aku layan bola smpai lebam.. haha.. dah hbes bola br tidur.. tu pun pasal dah xtau nk buat ape..haha..

Friday, 26 December 2008

.:26 desember:.

4 tahun yang lepas pada tanggal 26 Disember 2004 berlakulah tragedi tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa. Kepada mereka yang kehilangan anak,isteri dan keluarga tercinta tentunya tragedi ini sukar dilupakan dan menjadi pengalaman pahit yang bisa menitiskan air mata setiap kali mengenangkan tragedi ini.

Di Malaysia, kawasan yang terjejas teruk ialah di Pulau Pinang dan Kuala Muda. Di Acheh, kesannya lebih buruk lagi bila lebih 150 ribu nyawa terkorban.

Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Segalanya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Firman Allah :

” Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘kami telah beriman! sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan yang berdusta.

[Al-Ankabut:2-3]

Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah.

Firman Allah lagi:

“Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

“Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

“Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf:97-99)

Ayat di atas cukup jelas menunjukkan bahawa Allah boleh mendatangkan apa sahaja masalah kepada manusia hingga hilangnya rasa aman dalam diri, sama ada sedang tidur di waktu malam, atau sedang mengurus program hidup di waktu siang hari. [petikan dari Tazkirah Ustaz Zainuddin Hashim]

Mudah-mudahan kita tidak menjadi manusia yang mudah lupa. Selepas kejadian semuanya kembali kepada Allah. Selepas 4 tahun kita mula melupakan peristiwa tragis ini. Sesungguhnya terlalu banyak peringatan Allah di dalam peristiwa ini. Bermuhasabah dan berfikirlah…

Wednesday, 24 December 2008

.:tag tig tug teg tog:.

1. What's Your Most Favourite Colour?
- blue, white, black

2.Who Is The Most Important To You?
- diri sendiri kot....

3. How Often Do You Think Of Commiting Suicide?
- haram.. xbek tu...

4. Do You Think You Have Enough Confidence?
- sometimes yes someyimes not...

5. How Many Babies Do You Want?
- kalu boleh nak 2 je...

6. Do You Believe In Seeing A Rainbow After The Rain?
- pelangi kan wujud so percaya..hehe

7. What's Your Goal Next Year?
- same mcm tahun ni jugak kot..hehe

8. Who'll You Miss The Most, If You Don't Talk To Them?
- kene bgtau ke?? xyah la kot..

9. Do You Think The Person Who Tag You, Like To Play Kidnapping?
- hahhaha.. xpenah tau la...heheh

10. What Do You Want For Christmas?
- ape2 je asal best cukup la..hehe

11. What Is Your Bad Habit?
- hehe... ni payah sket nk ckp nie.... suke mkn nasi kot..hehehe

12. Do You Have A Secret Crush?
- yeah of course

13. Do You Cherish Every Single Friendship Of Yours?
- yeah of course...

14. What Does Flying Mean To You?
- makne nya terbang la kot.....

15. What Do You Crave For The Most Currently?
- xde kot....

16. Are You Single/ Relationship?
- single and sexy.....

17. What Have You Done To Yourself To Make Yourself Happy?
- mkan2... enjoy2...

18. How's Your Day?
- as usual

19. If You Were Asked To Make A Wish, What Would You Ask For?
- nak duit byk2... skrg jugak..hehe

Monday, 22 December 2008

.:1st day:.

1st day kat u aku nie setelah sbln cuti mmg memenatkan.. ngan nak kena kemas bilik semula sbb ape tau.. sbb dorang tukar prabot baru.. so berabuk teramat sgt la bilik aku tu.... mlm td aku dah kemas sume bju2.. cume tggal lantai je xbersapu lagi.... xpe la jap2 lagi la aku buat... nak rehat2 dulu sambil minum2..hehe...harapan aku untuk sem nie??? erm, xyah la bgtau.. malu la plak..hehehe

Saturday, 20 December 2008

.:kemas:.

erm... skrg nie aku ngah kemas2 brg2 aku... bsok aku nak blah dah... so kerja aku sbgai penganggur sambilan dah berakhir... huhu.... aku igt mlm ni mlas la nak tdo... tkut miss plak bus pagi bsok... kalu miss mmg naya la aku.. satu kerja plak nak pg beli tiket... huhu... k la nak smbung kemas la nie... daa...

Friday, 19 December 2008

.:klasik semesta 01:.

seawl jam 6 pagi aku dah bgn menyiapkan diri aku untuk ke satu tempat yang bakal mengubah hidup aku. setelah mnyiapkan diri aku memeriksa segala barang2 keprluan yang akan aku bawa ke sana bersama nnt. berkali aku membuat check list itu dan ini. sume tu untuk kesenangan aku juga. kira2 jam 6.30 pg bapak saudara aku merangkap penunjuk jalan sampai. bukannya ape.. bapak aku kurang pakar mengenai jalan yang akan kami lalui nnt. setelah memastikan semuanya telah siap sedia kami memulakan perjalanan kami ke destinasi yang ditujui.

prasaan aku ketika itu bercampur baur. sedih, gementar dan teruja semuanya bercampur aduk. aku sedih untuk meninggalkan family aku, sbb inilah kali pertama aku berjauhan dengan mereka. dulu plg kuat pun 3 ari sbb pg camping... aku gementar untuk menghadapi persekitaran baru dan mungkin segala2nya baru untuk aku. aku teruja untuk berjumpa kawan2 baru dan teruja untuk memulakan hidup baru. sepanjang perjalanan sukar untuk aku melelapkan mata. dek prasaan dan gelodak hati ku yang tidak tenteram. mujurlah pemandangan sepanjang perjalanan aku itu menyejukkan mata sesiapa saja yang memandang. di kiri dan kanan aku hanya dipenuhi tumbuhan menghijau. sesekali, terlihat kelibat haiwan liar bermain di habitat nya.

setelah menempuhi perjalanan selama lebih kurang 4 jam.. aku ternampak papan tanda tertulis.. SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH. disini lah aku akan habiskan 5 tahun aku berikutnya. apabila memasuki sahaja pintu pagar utama skolah baru aku itu, terlihat sudah ramai kawan2 baru aku telah sampai dari serata pelusuk negeri. aku kemudian nya dibawa oleh pengawas bertugas bergerak ke dewan untuk proses selanjutnya. di dewan aku diberi satu fail dan name tag murahan yang tertulis nama aku disitu. aku kemudiannya di datangi oleh seorang pelajar senior. die memperkenalkan diri nya kepada family aku. Dzaizul Khalfan namenya. aku masih iangat lagi. menurutnya lagi dia adalah abang angkat kepadaku yang telah disediakan oleh pihak skolah bg tujuan membantu pelajar baru. yer, aku aku dia semamang nya byk membantu aku sepanjang setahuan aku di sana.

setelah selesai urusan di dewan aku dibawa oleh abg dzaizul aku itu ke koperasi dah diberi satu plastik besar berisi peldagai barangan. tali leher, cadar, buku, sampin, baju sukan dan pelbagai lagi aynag aku sendiri sukar untuk mengingatinya. selepas itu aku menuju ke asrama di mana aku akan tinggal selain menjadi tempat tidur. aku didaftarkan di blok d bilik 203. seterusnya aku terus menuju ke bilik aku dan memilih katil dan loker yang terbaek dari pandangan mata kasar aku. hehe.. oh ye, kami disini tidak memanggilnya bilik tetapi dorm. ye dorm. setelah selesai mengemas segala yang patut family aku menyatakan mereka mahu pulang kerana kuatir akan kelewatan sampai di rumah. aku hanya diam membisu.....

footnote: cita ini bersambung...

Thursday, 18 December 2008

.:diatas normal:.

cuti aku hanya tggal sisa2 saki baki je yg perlu dihabes kan... masuk ari nie adalah ari ke 41 aku menjalani hidup aku seprti manusia yg hidup nya tiada tujuan... so, mkne nya tggal lagi 2 ari lagi and aku akan pulang ke TAMAN ILMU DAN BUDI..... so untuk menghadapi ari yang mendatang nie byk menda yang aku perlu pulihkan seperti sedia kala...

yang pertama... jam biologi aku nie.... sepanjang cuti nie aku tido xmenentu... bangun plak jgn ckp la kalu aku rase nk bgn baru aku bgn... so nk pulihkan jam nie mmg amek masa... dan aku rsa ngan baki cuti aku nie mmg aku xkan sempat buat ape2... pasrah jela nnt.. ape nak jadi jadi la... huhu... lebih2 lagi mengenangkan class aku yg bersusun menanti time pagi... xkan nak burn je.. pastu fail salahkan lecturer xpandai ajar la ape la... huhu....

yang kedua... kena pulihkan semangat aku ni... aku kena kembalikan mood aku nie kepada mood blaja.. huhu... skrg nie mood honeymoon... mood rilex2.. mood hepi2... bile ade mood nak study br la rsjin pg class buat esaimen sume kan...

yang last skali kena kuatkan fizikal dan mental untuk aku tempuh ari2 yang mendatang... aku tau kita xslalu nya brada dlam zon selesa kita... nak xnak cabaran akan dtg pada kita... so kena la prepare ape yang patut... kdg2 org pandang menda nie remeh tp kalu xcukup kuat diri sendiri yang binasa nnt...

so aku harap aku akan dapat lalui ari2 aku selepas nie ngan jaya nya..

Wednesday, 17 December 2008

.:mari berpantun:.

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Tuesday, 16 December 2008

.:peristiwa tengah ari:.

aku bgn lebih kurang pjul 10.30 pg cmtu... bgn2 je biasa la ngadap lappy... dah jadik perkara wajib dah kan... tb2 time tgh ari aku rasa lapa... aku pun ape lagi.. cpt2 pg mandi.. solat zuhur.. pastu siap2 ape ptt then ajak adk2 aku pg mkn.. aku cpai kunci kreta... skali start je dah hidup kreta tuh.. besa la kan... org pndai jage kete. mlas aku nk pns kan enjin dulu... aku trus blah je... nnt dah jln nnt panas jugak kan enjin tu...

aku pun pg ke lokasi yg aku telah set time aku mandi td... smpai2 je fuhh... rmai nya org... aku pun psg 2 3 kali carik parking... pastu nmpak satu parking bwah pokok.. baek nya... usha kiri kanan.. zupp trus masuk parking tu tnpa sempat org laen melihat peluang tersebut... aku bergegas ke kedai mkn tersebut... aku nmpak meja kosong dpn mata trus aku duduk... aku bia adik2 aku amek lauk dulu... walhal dlm ati fuhh lmbat btol bdk2 nie... aku dah ketar nie...

sampai turn aku... aku ceduk itu ini dan ini.. pilihan dan kombinasi plg menarik aku pilh... aku pun trus duduk tnpa berlengah... time tu dah xtgk org dah awek ke sape ke.. yg pntg perut aku.. hehe... dah hbes mkn tb2 aku rase pelik..... aku rasa sgt kenyang.... :P

Monday, 15 December 2008

.:aku mau:.

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
kenape aku citer pasal duit?? sbb aku ade sumthing yg aku idam2kan sejak 2 menjak nie.. aduhh.. kalu aku duit nyk kan best.. sure2 aku dah angkat ape yang aku nak tu... 2 benda ni mmg aku nk sgt2.. tgk bentuk die pun dah boleh buat aku tertawan... ape tah lagi mendengar dan membaca spec die yang sememangnya sudah lama menawan kalbu aku ni...+nokia n85+

nah satu lagi
+sony ericsson w960i+

nie la 2 barang..eh barang ke gadget la senang yg aku nak sgt tu.. nmpak nya kena kumpul duit dulu la demi merealisasikan impian...huhu