Sunday 17 January 2010

gastrik..

semalam sampai arini aku sakit perut... pg td lepas pt aku lapor kat jurulatih untik pg klinik..
harap2 dapat la mc ke.. xpon attend b jadi la.. huhu...

pg2 klinik doktor suruh wat urine test. naseb ok. cume die suspek gastrik je... mudah2 mudahan xde la sampai tahap kena gastrikkk.............

Tuesday 12 January 2010

tugas adalah ketua

assalamualaikum pembuka bicara.

alhamdulillah, tugas dan kerja aku setakat nie sume berjalan ngan baik dan lancar. belum ada masalh besar lagi yang timbul, cume setakat selisih paham dikalangan rakan2 seperjuangan. pada mula mendapat tugas nie aku agak kurang yakin samada aku dapat buat sume tugas tu ngan baik. aku xyakin ngan kebolehan diri aku. mujur ade seseorang yang sentiasa memberi galakan dan kepercayaan kepada aku. baru2 ini, aku dilantik lagi untuk memegang jawatan untuk satu program tahunan peringkat nasional. aku bertanya kepada diri aku " ape yang mereka nmpak dalam diri aku? " aku rase mcm xlayak untuk pegang tanggungjawab sebesar tu. sedangkan tugas yang sedia ada nie pun belum selesai ini kan pula program yang besar tu.

aku diberi nasihat supaya percaya kepada potensi diri. jalankan amanat dengan baik dan jadilah ketua yang berwibawa. seingat2 aku, time skolah dulu xpenah aku merasa sume nie. dulu pun aku hanya murid biasa saje. sekarang nie baru aku merasa sume tu. mujur kwn2 aku byk beri pandangan dan tunjuk ajar. sedikit sebanyak ianya memberi keyakinan pada aku. aku akui aku excited diberi tanggungjawab. aku suka. sgt suka. cume, aku bimbangkan ialah ianya akan memberi kesan sampingan. insya allah aku akan cuba yang terbaik.