Friday 19 December 2008

.:klasik semesta 01:.

seawl jam 6 pagi aku dah bgn menyiapkan diri aku untuk ke satu tempat yang bakal mengubah hidup aku. setelah mnyiapkan diri aku memeriksa segala barang2 keprluan yang akan aku bawa ke sana bersama nnt. berkali aku membuat check list itu dan ini. sume tu untuk kesenangan aku juga. kira2 jam 6.30 pg bapak saudara aku merangkap penunjuk jalan sampai. bukannya ape.. bapak aku kurang pakar mengenai jalan yang akan kami lalui nnt. setelah memastikan semuanya telah siap sedia kami memulakan perjalanan kami ke destinasi yang ditujui.

prasaan aku ketika itu bercampur baur. sedih, gementar dan teruja semuanya bercampur aduk. aku sedih untuk meninggalkan family aku, sbb inilah kali pertama aku berjauhan dengan mereka. dulu plg kuat pun 3 ari sbb pg camping... aku gementar untuk menghadapi persekitaran baru dan mungkin segala2nya baru untuk aku. aku teruja untuk berjumpa kawan2 baru dan teruja untuk memulakan hidup baru. sepanjang perjalanan sukar untuk aku melelapkan mata. dek prasaan dan gelodak hati ku yang tidak tenteram. mujurlah pemandangan sepanjang perjalanan aku itu menyejukkan mata sesiapa saja yang memandang. di kiri dan kanan aku hanya dipenuhi tumbuhan menghijau. sesekali, terlihat kelibat haiwan liar bermain di habitat nya.

setelah menempuhi perjalanan selama lebih kurang 4 jam.. aku ternampak papan tanda tertulis.. SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH. disini lah aku akan habiskan 5 tahun aku berikutnya. apabila memasuki sahaja pintu pagar utama skolah baru aku itu, terlihat sudah ramai kawan2 baru aku telah sampai dari serata pelusuk negeri. aku kemudian nya dibawa oleh pengawas bertugas bergerak ke dewan untuk proses selanjutnya. di dewan aku diberi satu fail dan name tag murahan yang tertulis nama aku disitu. aku kemudiannya di datangi oleh seorang pelajar senior. die memperkenalkan diri nya kepada family aku. Dzaizul Khalfan namenya. aku masih iangat lagi. menurutnya lagi dia adalah abang angkat kepadaku yang telah disediakan oleh pihak skolah bg tujuan membantu pelajar baru. yer, aku aku dia semamang nya byk membantu aku sepanjang setahuan aku di sana.

setelah selesai urusan di dewan aku dibawa oleh abg dzaizul aku itu ke koperasi dah diberi satu plastik besar berisi peldagai barangan. tali leher, cadar, buku, sampin, baju sukan dan pelbagai lagi aynag aku sendiri sukar untuk mengingatinya. selepas itu aku menuju ke asrama di mana aku akan tinggal selain menjadi tempat tidur. aku didaftarkan di blok d bilik 203. seterusnya aku terus menuju ke bilik aku dan memilih katil dan loker yang terbaek dari pandangan mata kasar aku. hehe.. oh ye, kami disini tidak memanggilnya bilik tetapi dorm. ye dorm. setelah selesai mengemas segala yang patut family aku menyatakan mereka mahu pulang kerana kuatir akan kelewatan sampai di rumah. aku hanya diam membisu.....

footnote: cita ini bersambung...

2 orang mengomel:

IZWAN said...

adoiii.
balik ke zaman silam plak blog nie.
ui.ui.
bangn.
pandang dan melangkah ke depan la pak cik.
hahaha

wanridzuan said...

eh2... suke hati la...huhu