Friday 26 December 2008

.:26 desember:.

4 tahun yang lepas pada tanggal 26 Disember 2004 berlakulah tragedi tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa. Kepada mereka yang kehilangan anak,isteri dan keluarga tercinta tentunya tragedi ini sukar dilupakan dan menjadi pengalaman pahit yang bisa menitiskan air mata setiap kali mengenangkan tragedi ini.

Di Malaysia, kawasan yang terjejas teruk ialah di Pulau Pinang dan Kuala Muda. Di Acheh, kesannya lebih buruk lagi bila lebih 150 ribu nyawa terkorban.

Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Segalanya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Firman Allah :

” Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘kami telah beriman! sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan yang berdusta.

[Al-Ankabut:2-3]

Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah.

Firman Allah lagi:

“Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

“Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

“Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf:97-99)

Ayat di atas cukup jelas menunjukkan bahawa Allah boleh mendatangkan apa sahaja masalah kepada manusia hingga hilangnya rasa aman dalam diri, sama ada sedang tidur di waktu malam, atau sedang mengurus program hidup di waktu siang hari. [petikan dari Tazkirah Ustaz Zainuddin Hashim]

Mudah-mudahan kita tidak menjadi manusia yang mudah lupa. Selepas kejadian semuanya kembali kepada Allah. Selepas 4 tahun kita mula melupakan peristiwa tragis ini. Sesungguhnya terlalu banyak peringatan Allah di dalam peristiwa ini. Bermuhasabah dan berfikirlah…

2 orang mengomel:

zuriamohd said...

sgt insaf ngan seme nih..huh

wanridzuan said...

same2 perbaili diri