Friday 14 November 2008

Kata LELAKI: "Wanita tu lemah"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan


Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak


Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu


Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat


Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan


Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan


Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

so, mcm mane? renung2 kan yang baek dijadikan sempadan yang xelok tu kite buang jauh2..
=peace=

4 orang mengomel:

+ mika + said...

hurm...this is so true...

tp kenapa ek?

bila kita tanya semua org akn jwb, "biasa la...dh lumrah?"

terime je la...

huhuhu... (^^,)

+ mika + said...

lulak nk tanya...

can i put ur link in mine?

sajer je la...

kot2 leh wat teman borak2 kt cni...

huhuhu...

(^^,)

wanridzuan said...

boley2...
ape salah nya...
amat di alu-alukan
=)

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Saya amat bersetuju dengan nukilan +BILA+.
Memang wanita itu lemah dan lembut kerana itulah sifatnya, itulah jati dan tulennya.Kemahiran dan penguasaan diri seperti itu memang sesuai dan adil dengan diri mereka.
tetapi lembut bukan bermakna boleh diperah dan kalau keras pun kalau boleh dipatahkan apa gunanya.

Dalam hal menguruskan rumahtangga lelaki masih terikat dan dijajah oleh adat, walaupun adat tersebut telah tidak sesuai lagi dengan kehidupan mereka. Mereka masih memiliki sifat ego bodoh sehingga sukar untuk mengubah pradigma mereka. Bila suami isteri berbincang dalam hal ini kadang-
kadang jawapan bodoh akan terkeluar daripada mulut mereka, walaupun ilmunya bertaraf ijazah.Tetapi ilmu yang banyak itu kekadang hanya sekadar berada di hujung lidah sahaja tidak sampai kepada penghayatan.
Sepatutnya bila berada di rumah bukan lagi bos pejabat, bukan tuan atau apa-apa lagi tetapi abang atau ayah.Tegasnya pemimpin rumahtangga bukan ketua kerana perompak pun ada ketua.
Pinggan sebiji pun tidak mampu dibasuhnya, sidai kain dan mesin kain jauh sekali, walaupun dia menyedari isterinya tidak menang tangan. Di mana gagah dan kerasnya lelaki kalau kedudukan mereka begini.
Masih ramai lagi yang kelihatan baik tetapi pada hakikatnya sedang
menzalimi isteri mereka.
Sudah tentu saya tidak bermaksud semua tetapi masih ramai lagi, sifat ini tidak sesuai dengan taraf pelajaran yang dimiliki. Pelajaran yang taraf ijazah itu hanya sesuai sekadar kognitif dan afektif sahaja tidak sampai kepada amalan dan penghayatan ( cakap tidak serupa bikin ).
Menolong isteri mengemaskan rumahtangga tidak diharamkan kepada lelaki, mengapa mengambil sikap seolah-olah perkara itu diharamkan kepada mereka.
Jangan ingat semua dosa ini dapat diselesaikan pada pagi Hari raya kerana bermaafan di antara satu sama lain, yang kelihatan itu hanya penampilan, yang hakikat adalah di dalam hati dan yang muktamat adalah keampunan Allah.
Wallahu aa'lam bissowab. wassalam.